Sarawak Oh Sarawak!

Apa nak jadi dengan Sarawak? Sarawak memang sepatutnya dilabel sebagai negeri paling mundur di Malaysia kalau nak dicompare dengan negeri- negeri lain. Kenapala agaknya ek?

Pada pendapat akula, sebab utama Sarawak mundur ialah disebabkan oleh pemerintah utamanya yang sesangat sangatla tamakkan harta dan langsung tak pentingkan rakyat yang sedang menderita. Aku percayala dan bukan aku sorang je, Taib Mahmud tu kalaula disenaraikan sebagai orang yang terkaya di Malaysia confirm masuk top 10 tu, gerenti punya. Semua orang tahu yang CMS tu dia yang punya, pembekal segala kelengkapan bahan- bahan pembinaan macam simen, batu- batan, besi dan sebagainya, kesimpulannya the whole need la to make a complete building. Bayangkan saja semua bekalan bahan- bahan tadi CMS yang control untuk seluruh Sarawak lagi- lagi untuk projek- projek besar, bak kata orang “bapak kaya si Taib tu!”. Satu lagi kan si Taib tu ada syarikat pengangkutan sendiri, bertambah kayala Taib tu jadinya. Bukan setakat tu je, aku rasala banyak lagi bisnes- bisnes menguntungkan yang dia ada dalam diam- diam dengan menggunakan nama orang lain macam sedara- maranya ke, anak- anaknya ke, rakan kongsinya ke. Al maklumla kalau nak bisnes ni macam- macam cara boleh dilakukan. Tak dapat buat bisnes pun takpe, dapat je share dalam 10% ke hasil “usahasama” dengan syarikat- syarikat tempatan atau luar negara dah kira amat menguntungkan, untung macam tu je, tak payah nak keluarkan modal, tak payah nak pikir banyak- banyak, cuma “sign” je segala dokumen yanag patut di sign dengan kuasa yang ada dalam tangannya.

Dah berapa lama dah si tua kutuk tu memerintah Sarawak entah aku pun tak tahu, dah lama jugakla aku rasa, mau puluhan tahun jugak. Aku ingat lagi masa aku kecik- kecik dulu adala satu majlis ni yang kerajaan anjurkan untuk dia, masa tu aku rasa umur aku dalam 4- 5 tahun kot. Masa tu jugak dia dah jadi ketua menteri Sarawak. Korang bayangkan saja masa tu umur aku 5 tahun, sekarang aku dah 28 tahun, maksudnya dah lebih kurang dalam 23 tahun dia jadi ketua menteri. Aku rasa la sebaik sahaja dia dapat pegang jawatan tu dia kata “This is it! This is my time!”. Apa lagi, dia gunakanla kuasa dia tu untuk jadi kaya raya. Aku bukan nak katala tapi aku rasa Taib tu tak pernah sembahyang/ solat. Daripada apa yang aku dengar dari sumber- sumber yang boleh dipercayai, dia “bela” banyak patung/ statue kat rumah dia, macam- macam jenis patung ada. Apa jenis manusiala dia ni. Tu la orang kata, manusia jenis- jenis yang jahat dan banyak dosa ni memang susah nak jatuh, susah nak mampus tapi ingat di Akhirat nanti, Allah mesti tarik dia dulu untuk dihisab segala apa yang dia dah lakukan kat dunia ni lebih- lebih lagi apa yang dia dah lakukan terhadap rakyatnya sendiri. Allah dah amanahkan dia jadi pemimpin tapi dia salah guna kuasa.

Satu lagi aku nak cerita kat Sarawak ni kalau nak dibandingkan dengan Semenanjung memang jauh bezanya dari segi pembangunan, tak kisahla pembangunan apa sekalipun lebih- lebih lagi pembangunan ekonomi. Korang bayangkan saja gaji minimum kat sini adala dalam RM250- 300 macam tu. Haritu aku ada dengar berita kat TV cakap pasal Mexico yang gaji diorang jugak pada kadar yang sama dan berlaku banyak problem sebab harga barang melambung tinggi. Yang national TV kita tu pulak tak tau yang kat Sarawak sini pun dah jadi macam kat Mexico nun. Kalau korang tak percaya korang tanyala mana- mana Sarawakian yang korang kenal pasal kadar gaji kat sini, aku gerenti diorang akan kata pasal benda yang sama seperti yang aku cakap kat sini. Sebab tu la ramai Sarawakian yang cari keje kat Semenanjungla, Singaporela, Bruneila sebab gaji yang lebih promising bak kata orang putih. Dah la sekarang korang tau- tau jelah harga barang- barang makin lama makin tinggi/ naik tapi gajinya yang tak naik- naik, kiranya nak senang rupa- rupanya makin sengsara. Orang kaya apa diorang kisah, naik ke, turun ke diorang ada banyak duit nak beli barang kelengkapan, duit yang diorang ada pun aku rasa dah lebih daripada cukup. Mana taknya, siap ada rumah besar, kereta besar, semuanya besar termasuk sekali selera diorang. Orang miskin macam mana pulak, lagi- lagi yang dah ada keluarga. Nak kene pikir pasal rumahla, makan minum kat rumah, kenderaanla, anak bini lagi, dengan RM250- 300 tu, macamla cukup sangat. Lagi- lagi bila anak- anak dah bersekolah, fuhh… tak taula aku nak cakap apa. Tambahan pulak sekarang harga minyak kenderaan dah naik, mau tak gila jadinya.

Apa yang kerajaan kita buat sekarang ek? Aku pun tak paham. Kejap kata ni, kejap kata tu, takde keputusan yang muktamad aku tengok. Kita ni kan negara pengeluar minyak, kenapa pulak rakyat negara kita nak kene bayar lebih? Tu la, ada minyak sendiri sibuk nak jual ke pasaran international katanya, sekarang dah makan diri sendiri, siapa yang susah? Tup, tup rakyat jugak yang jadi mangsa, makin lama makin tertindas dengan segala keputusan yang kerajaan buat. Aku rasala satu hari nanti tak mustahil negara kita jadi macam kat Indonesia dan jugak negara- negara Asia lain nun, rusuhan sana sini sebab segala macam harga naik melambung. Bukan aku nakla tapi tak mustahil bende ni terjadi satu hari nanti. Yang kaya jadi makin kaya dan yang miskin pulak jadi makin susah. Macam kat Sarawak ni pulak takde pihak yang nak membela nasib golongan pekerja yang berpendapatan rendah ni, aku tak taula apa yang CUEPACS tu buat, makan gaji buta kot diorang tu. Sibuk- sibuk nak lanjutkan umur bersara 2 tahun lagi tapi tak pikir pulak pasal orang yang tengah cari keje lagi- lagi bilangan graduan yang semakin berlambak dari setahun ke setahun. Apa yang diorang pikir dalam otak diorang tu sebenarnya aku pun tak paham. Dah orang tua nak berenti keje biarkanlah diorang nak berehat ke, nak beramal ibadat ke, pegi haji ke. Ni nak jugak tu kerah tenaga orang tua, apa orang muda takleh buat keje ke? Tak ada pengalaman? Abis tu kalau korang tak bagi peluang macam mana nak dapatkan pengalaman?! Ape ke bodohnya pemikiran macam tu? Aku rasala orang- orang yang ada kuasa dalam CUEPACS ni tak pegi sekolah dulu, main ikut suka hati diorang je nak buat keputusan yang dah pasti susah diterima oleh rakyat. Kerajaan pun satu, main ikut je permintaan CUEPACS ni.

Aku nak tengok sampai mana rakyat boleh ikut telunjuk kerajaan ni. Aku nak tengok sesangat apa yang terjadi dalam masa dua, tiga bulan dari sekarang lebih- lebih lagi kat Sarawak yang ku cintai ni. Aku akan selalu ikut perkembangan dan aku nak tau apa pendapat orang ramai pasal apa yang berlaku kat Malaysia especially kat Sarawak sini. Kita tengokla nanti sama- sama apa yang akan terjadi.

9 Comments

Filed under issues, life, unexplained

9 responses to “Sarawak Oh Sarawak!

  1. salam.. pok.. aku nang setuju juak apa dipadah kau .. nang orang tua ya sik pande mati .. macam nie nak mati tanah sik mok nerimak nya…makan duit rakyat ish ish.. kinek tok aku dengar anaknya nak masuk in line nak jadi chief minister sarawak.. aduh.. tok dah kedak kes pak lah dengan khairy jak.. semua untuk kroni.. orang sarawak tok kebanyakan semua jenis menerimak bukan kedak orang melaya protes sana protes sini mun nya sikpuasti.. siap engkah banner balut palak nya dengan kain embak anak pake shield.. ish kesian dak nya.. tapi sidaknya memepertahankan apa yang sik betul.. .tapi berlainan di sarawak .. semua senyap jak.. macam sikpalah.. janji nya sik kaco aku aku sik kaco nya.. yalah attitude yang molah sarawak menjadi salah faktor molah pembangunan sarawak mundur..apapa pun jatuhkan kroni taib dengan kroni nya.. selagi sidaknya masih di atas.. kekayaan sarawak sepastinya sikkan di distribute dengan seadil yang mungkin untuk rakyat …apapapan diharapkan orang sarawak bangun woi bangun .. taib ya dah tua nak mampus.. molah rumah anak yatim laila taib pake cover dosanya.. sih.. benci semua projek nya pun.. .. semua orang tauk tapisejauh nie orang berani.. bertindak.. bangun wahai rakyat rakyat sarawak….

  2. waalaikumsalam,thanks kawan coz merik komen berguna. paduhal si taib bodo ya tanah sik maok nerimaknya paduhal,padanla sik pandei mampus..aku nengar nya sakit menakah?sakit hati ka sakit nak makin kaya?hahaha…camnei o caranya kita nak mela nasib kita sitok?coba u mikir- mikir juak nei tauk u ada idea bagus..aku pun ada nengar anak haramnya nak jadi chief minister ariya,sapa madah ngan aku sik ku ingat..kita sitok nang ada juak rasa-rasanyalah pemimpin/bakal pemimpin nak berkebolehan untuk mela nasib kita tapi bila sidak dah start nait, mulalah kenak cucok kerek kanan, rasa-rasanya nak kenak ugut pun ada,camnei pikir u?mean sik kata aku tok?anyway thanks for your quick response,sama-samalah kita berjuang,demi Allah..

  3. sahang

    Salam pok cnie kitak selamak tok, bertapa dalam gua ke … sebab sik tauk membeza sarawak dolok dengan sarawak kinek tok. Ooi pok sarawak dolok mundur nak pergi cine-cine susah, cuba kitak nanggar kawasan kota samarahan dolok nak pergi cia makei pengangkut laut ajak kinik sekejap ajak.
    Sarawak kinik semua ada, sekolah nang setiap kampung ada dan kemudahan lain pun ada.

  4. salam pok, sori la mun apa yang aku katakan dalam post aku membuatkan u sakit ati. aku pun urang sitok juak jangan lupak..aku bukan nak merendahkan negeri aku tapi aku rasa pembangunan yang sedia ada sik mencukupi mun dibandingkan dengan negeri2 lain di semenanjung malaysia nun..aku rasa u tok dah misunderstood dengan kenyataan aku dalam blog tok pok.coba u nyuroh 5 urang kawan u maca post aku ya mesti sidak akan merik pendapat yang lain, mun sik percayak coba jak..nang sah u tok dah salah paham..segala kemudahan yang u padah ya nang kemudahan basic kata onputih yang mesti ada di setiap tempat tapi u sik nangga jeraya sidak semenanjung nun camnei gik..belon dapat land pok atas jeraya ya (sebahagian daripada strategi perang mun darurat daripada PM lamak kita Tun M.) peluang kereja merata-rata bak kata urang melayu. kita sitok nang banyak sumber dan dah rami dah membincangkan camnei keaadaannya mun kita keluar daripada malaysia. sumber2 kita dah banyak gilak disalahgunakan oleh sidak semenanjung nun yang datang sitok, jangan u sik tauk..jangan tauk nak manas ajak, sik makei utak, sik macam mena2 apa yang aku coba nak sampaikan!tangga u ajak first komen aku ya, ada nya nganok aku? setujuagik adanya menunjukkan nya maca makei utak bukan makei pelir nya ajak pok.pikir2kan dan selamat beramal k..

  5. inazTulip

    bley tahan juak ktk tok sir…ish2 x sangka eyh.ekeke

  6. coba define kan agik maksud kitak dengan “boleh tahan” ya ina. adakah pada huruf ‘BA’ nya ka atau pada huruf ‘TA’ nya ataupun pada huruf ‘NUN’ nya? hahaha…less is more by the way..thanks for reading the post..

  7. kerel

    ok la sarawakknek tok…coba ngga negeri lain lok….gk la mundur dari sarawak…..aku diam rah negeri sembilan reya rs cam nak mati…boring nak mampus…tiap minggu ku gi kl…haha….mun di sarawak la…especially kch..happening la….nang taib ya gila kuasa and ngumpol retanya…tp boh lupak juak jasanya membangun sarawak dari mundur sampey maju knek tok….dolok gk la….apa pun xda…knek tok mcm2 ada….sarawak tok la negeri yang paling berjimat…mun da hutang bayar terus….x mcm negeri lain…nama jak kaya tp hutang melobo jak mcm johor ngn selangor…sarawak la negeri paling kaya rah malaysia mun diekot….

  8. nang mena kata u pok, sarawak kita kinek tok nang adala juak rupanya..nasib bait juak N9 dekat ngan KL pok, mun jaoh mati keboringan u di sia,hahaha..sarawakian tok sebenarnya a very creative minded individuals, that’s whyla kita sik pandei boring, ada jak projek nak dipolah cuma kita kekurangan kemudahan ajak..mun u maok tauk, mun diekotkan pendapatan negeri kita tok nang banyak, mun diagih2kan kepada semua rakyat, sekurang2nya sorang patut dapat 30 ribu sebulan/setahun rasaku pok, tok ada sorang lecturer senior rah poli kuching tok madah ngan aku..nang negeri kita kaya, mena kata u..tapi yang atas biasala salah guna kuasa tapi sika apalah nak,janji sekda rusuhan sine2 rah tempat kita tok,sik macam rah semenanjung nun..kinek tok pun makin rami lepeh di tempat kita tok pok, bukan u sik tauk nak..apa2 aku harap u ok jak di sinun pok,kereja tetap kereja..kita tok pun jenis yang senang nak bercampo ngan urang,nang mak bapak ninek moyang kita ngaja macam ya, harap2 nilai bagus macam ya sik ilang pok..anyway, all the best to you..all the best to everyone..Assalamualaikum..

  9. eita

    entah ler …mek org iban di kapit kaya raya ..sik mundur pun..ramai mek org edu tinggi..tanah still mek org empun..no prob so far…well …less is more .. but when to much never enough…benda kecik pun mauk dibesar2kan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s